Selain cara gosok awning bawal yang betul, anda juga boleh cuba tips-tips seperti berikut untuk menjadikan tudung lebih mudah dibentuk ketika dipakai:
1. Pastikan seterika tidak terlalu panas
Apa pun jenis material kain tudung anda sama ada dari Satin, Viscose, Cotton, Chiffon, Moss Crepe, atau bermanik sekalipun, pastikan tetapkan suhu seterika tidak terlalu kuat dan panas. Hal ini kerana, struktur kain yang digosok akan mudah meninggal kesan pada tudung seperti mengecut, berlubang atau sebagainya.
2. Terus pakai tudung selepas digosok
Memakai tudung yang baru digosok lebih memudahkan anda untuk membentuk awning tudung dan mengayakannya.
3. Gunakan hair spray
Kaedah yang paling mudah selain mempraktikkan cara gosok awning bawal yang betul untuk kekalkan tudung on-point adalah dengan menggunakan hair spray. Trik ini banyak digunakan oleh para makeup artist dan MUA untuk kekalkan awning tudung bawal yang on-point dan anti kelepet.
Caranya mudah sahaja. Pertama, lipat tudung bawal menjadi segi tiga. Kemudian pilih hair spray jenis “Extra Hold” dan wangi. Semburkan ia pada awning tudung anda. Biarkan ia kering seketika dan cuba bentukkan tudung tersebut di atas kepala. Jika masih tidak menjadi, ulang semula langkah yang sama.
4. Elak lipat tudung pada garisan yang sama
Tudung yang dilipat pada garisan yang sama dan berulang kali akan menyebabkan ia membentuk garisan lipatan yang kekal sekaligus sukar untuk dibentuk.
5. Gantung pada penyangkut pakaian
Selain mempraktikkan cara gosok awning bawal yang betul, cara penyimpanan tudung bawal yang betul juga penting. Pastikan tudung yang siap dibasuh dan digosok, hendaklah digantung pada penyangkut pakaian. Lipat sahaja secara mendatar tanpa tekan di bahagian tengahnya.
6. Pemilihan anak tudung
Pemilihan material anak tudung yang tepat dan sesuai mestilah tidak licin ketika dipakai misalnya seperti dari material cotton.
Dengan mengikuti cara gosok tudung bawal on-point dan tips-tips menarik tadi, awning bawal anda pasti akan kelihatan kemas dan menjadi setiap kali dipakai.