Skip to Content

Bagaimanakah cara gosok awning bawal yang betul supaya mudah dibentuk dan sentiasa on- point? Setiap wanita pasti tahu yang pelembap adalah kunci utama untuk elak solekan dari retak. Hijabis juga begitu, di mana bentuk awning tudung menjadi perkara yang sensitif bagi setiap pemakai. Berdiri depan cermin hampir sejam untuk pastikan tudung menjadi dan sentiasa on-point bukanlah sesuatu yang pelik bagi mereka.

Namun mungkin ramai yang tidak tahu, salah satu tips untuk pastikan tudung sentiasa on- point adalah dari cara mengosoknya. Bagi perkongsian artikel kali ini, kami ingin kongsikan tentang cara gosok awning bawal yang betul untuk menjimatkan masa anda setiap kali mengayakannya.

 

Cara gosok awning bawal yang betul

Tudung bawal adalah jenis hijab yang rata-rata menjadi pilihan wanita Muslim di seluruh dunia dan popular dikalangan hijabis Malaysia. Ia boleh didapatkan dalam beberapa bentuk sama ada segi empat sama atau berbucu bulat. Untuk saiz bawal Sefhiaa Hijab, kami tawarkan kepada anda dari saiz bidang 40, bidang 45, bidang 48, bidang 50, bidang 53, bidang 55, dan

bidang 60.

 

Anda boleh praktikkan beberapa cara gosok awning bawal ini mengikut saiz pilihan seperti berikut:

Cara gosok awning bawal (1)

1.      Gosok tudung bawal secara menyeluruh di setiap bahagian.

2.      Kemudian, lipatkan tudung menjadi segi tiga dan letakkan awning tudung tersebut di atas papan pengosok.

3.      Gosok tudung dengan berhati-hati untuk elak dari terkena pada bahagian awning tudung tersebut.


Cara gosok awning bawal (2)

1.      Pastikan awning tudung berada dalam keadaan bersih dan kering.

2.      Letakan awning di atas pelapik seterika.

3.      Tetapkan suhu seterika pada tahap yang sesuai untuk kain bawal biasa seperti kain cotton atau chiffon. Jika anda tidak pasti, boleh mula dengan suhu yang rendah dan naikkan secara beransur-ansur.

4.      Untuk lebih berhati-hati, anda boleh juga letakkan kain pelindung atau alas tebal di atas awning untuk elak kain bawal daripada terus terkena seterika.

5.      Kemudian, semburkan sedikit air pada awning menggunakan botol semburan untuk melincinkan kain.

6.      Gosok menggunakan seterika dengan perlahan dan berulang kali di atas kain pelindung. Pastikan anda menekan seterika dengan lembut tetapi konsisten untuk memastikan awning terbentuk dengan baik.

7.      Setelah siap, biarkan awning sejuk seketika sebelum alihkannya. Cara ini membantu untuk mengekalkan bentuk yang telah dibentuk oleh seterika tadi.

 

Cara gosok awning bawal (3)

1.      Panaskan dulu seterika menggunakan suhu sederhana.

2.      Lipat kepada dua bahagian kain tudung tersebut.

3.      Gosok lipatan di bahagian depan dan belakang tudung sehingga licin dan tidak berkedut.

4.      Kemudian, buka lipatan dan gosok pula garis di bahagian tengah tudung.

5.      Pastikan ketika anda mengosok di bahagian atas, jangan sampai terkena awning tudung tersebut.


Sekiranya masih ada line dekat awning, cuba untuk hilangkan line tersebut dengan gosok secara perlahan-lahan dan lembut.

Share this post