About Us
Sefhiaa Hijab bermula dengan idea pada Disember 2023 dan seterusnya penubuhan syarikat pada Februari 2024. Asalnya, kami memulakan bisnes tudung wanita secara kecil-kecilan kepada keluarga, kawan, dan kenalan terdekat sahaja. Namun kerana minat yang mendalam terhadap fesyen wanita terkini serta maklumbalas yang sangat positif dari pelanggan, kami lebih berani untuk menyediakan pelbagai pilihan corak, warna, dan saiz agar pelanggan memperoleh kepuasan maksimum.
One-Stop Centre Hijabis
Kami menawarkan pelbagai pilihan tudung corak, bawal printed, shawl printed, bawal awning, telekung travel (dengan kantung dan sejadah mini percuma), dan baju kurung. Kami komited memastikan pelanggan bergaya dengan fesyen design Up-To-Date setiap bulan, dan pilihan saiz untuk semua kategori dari saiz tudung budak hingga dewasa, standard hingga plus size. Produk kami juga sesuai untuk tempahan berkumpulan seperti bridesmaid dan hari keluarga, dengan pilihan fabrik, corak, dan saiz mengikut minat individu. Servis tambahan yang menarik ada ditawarkan seperti penambahan nama pada tudung, tambahan awning, dan gift card untuk hadiah yang bermakna kepada yang tersayang.
Standard Kualiti Yang Sempurna
Kami memberi perhatian penuh kepada perincian dan akseseori yang dihasilkan agar terlihat sempurna oleh pelanggan. Jahitan halus untuk memastikan keselesaan dan ketahanan bila dipakai lama sesuai dengan keperluan para hijabis. Kami juga sentiasa terbuka kepada maklumbalas pelanggan, sama ada positif atau negatif!
Interaksi Bersama Pelanggan
Untuk memudahkan pelanggan memilih dan membeli, kami mencipta website sendiri dan turut menambah produk seperti telekung dan baju kurung. Anda boleh temui kami melalui platform media sosial lain seperti Instagram, Facebook, dan TikTok.
Khidmat Penghantaran Pantas
Pengeposan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja selepas pesanan dibuat, memastikan servis yang pantas dengan harga pos tetap: RM7 untuk Semenanjung, RM15 untuk Sabah dan Sarawak, dan RM20 untuk Singapura. Pasukan kami cukup cekap dan terlatih untuk memastikan kepuasan pelanggan sentiasa terjamin. Sefhiaa Hijab sentiasa komited untuk mencuba sesuatu yang baru dan memastikan produk kami sentiasa mengikuti trend terkini untuk semua hijabis!